STPM 2015 : Terengganu Kekal Kedudukan Terbaik Kebangsaan


Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2015 dengan kedudukan pertama peringkat kebangsaaan yang diumumkan hari ini.

Kejayaan yang diumumkan itu adalah untuk dua kali berturut-turut dengan beberapa pencapaian luar biasa yang dicatatkan pada tahun ini.


Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata keputusan STPM 2015  amat membanggakan apabila sebanyak 31 sekolah berjaya mencapai minima (min) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) lebih daripada 2.80 ke atas berbanding 22 sekolah pada tahun sebelumnya.

Katanya, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Jertih yang memperoleh min PNGK 3.18; Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin (3.15); SMK Bukit Payong, Besut (3.12); SMK Durian Mas, Dungun (3.11); SMK Padang Midin, Kuala Terengganu (3.10); SMA Maarif , Besut (3.05) dan SMK Tengku Bariah dengan pencapaian PNGK 3.04.

“Selain itu, jumlah pelajar yang mendapat 4A juga meningkat daripada 12 pelajar tahun lalu kepada 15 orang tahun ini.

“Sebilangan mereka adalah, Nur Shuhada Shaari dari (SMK Tengkun Mahmud), Siti Sarah Mat Salleh (SMK Tengku Mahmud), Wan Marian Wan Mahmud dan Siti Najihah Aziz  masing-masing dari SMK Nasiruddin Shah serta Mohd Hafiq Hakim Zukiman dari SMK Putra,” katanya.

Beliau kepada demikian  pada Majlis Pengumuman STPM 2015, di Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya, prestasi pelajar tahun ini amat cemerlang kerana Terengganu berjaya mencapai Minima PNGK 2.86 bagi 2015 berbanding Min PNGK 2.65 yang ditetapkan di peringkat nasional.

“Ia bukan saja mengekalkan Terengganu pada kedudukan terbaik kebangsaan malah menjarakkan pencapaian Minima PNGK negeri lain,” katanya