Dulu Saman Berjuta, Kenapa Sekarang Dikatakan Satira Politik?


Ahli parlimen DAP, Teresa Kok cuba mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.

BRIM 3.0 Dilancar Pada 22 Feb- Najib


TAIPING, 8 Feb — Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Feb ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Feb, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan Beri Layanan Sama Rata Pada Semua Kaum – TPM


MUAR, 8 Feb — Kerajaan mengamalkan dasar memberi layanan yang sama rata terhadap semua kaum atau kumpulan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiada Kenaikan Tol Bagi 14 Lebuhraya


KUALA LUMPUR, 6 Feb -  Sebanyak 14 lebuhraya, yang sepatutnya menaikkan kadar tol pada tahun ini, tidak akan berbuat demikian berikutan keputusan kerajaan bagi tiada kenaikan tol pada tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Tiada Kenaikan Tol Demi Kepentingan Rakyat – Muhyiddin


PUTRAJAYA, 7 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata segala keputusan kerajaan, setiap perancangan dan pelaksanaannya termasuk menahan kenaikan tol tahun ini, adalah atas dasar mengambil kira kepentingan rakyat.

Puteri UMNO Besut dekati pesakit kronik


BESUT 7 Feb. - Rombongan lebih 30 ahli pergerakan Puteri UMNO Bahagian Besut meluangkan masa bersama kanak-kanak yang menghidap sindrom kejutan septisemia kulit lecur di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini semalam.

Paya Peda jadi muzium hidup


BESUT 6 Feb. - Alam yang terbentang dan apa yang terbenam, boleh diajak 'bercerita' kisah masa silamnya, tentang asal usul kejadian, perkembangan, evolusi kehidupan dan apa yang mungkin berlaku pada masa depan.

290 laporan polis sudah dibuat


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Sehingga hari ini, sebanyak 290 laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berikutan penerbitan klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Anwar bayangkan dia MB Selangor


HULU LANGAT 8 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Awnar Ibrahim mula membayangkan dia bakal mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor yang kini disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ceramah Anwar terbukti hambar


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar di Taman Koperasi Cuepacs dekat sini malam semalam hambar apabila hanya dihadiri kira-kira 300 orang.

Isu pecat: Azmin kecam Khalid


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Perbalahan di antara pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor semakin hangat berikutan tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memecat 19 kakitangannya baru-baru ini.

Bangun tapak penemuan fosil


BESUT - Lokasi penemuan fosil tumbuhan terbesar negara ini di tapak pembinaan Empangan Paya Peda, dekat Hulu Besut dijangka dibangunkan sebagai pusat kajian tersohor negara.

Lawatan Antartika bukan makan angin


SEPANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan lawatan beliau ke Antartika dari 24 hingga 30 Januari lalu sebagai lawatan makan angin.

Sebaliknya, Ahmad berkata, lawatan beliau selaku ketua rombongan berserta enam peserta lawatan lain adalah atas undangan Institut Penyelidikan Antartika Chile (Inach).

Video Teresa Kok Cerminan Nilai Politk Cerca Pembangkang…


KUALA LUMPUR, 4 Feb. – Sikap tidak ikhlas pembangkang sebagai pemimpin politik sewajarnya dijadikan cermin kepada rakyat kerana banyak bukti menunjukkan bahawa di kalangan mereka lebih gemar menangguk di air keruh daripada membantu kesusahan rakyat, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pasir Salak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Nordin.

Pertikai Khutbah : Kit Siang Tak Faham Usah Pandai Buat Fitnah


Pertikai Khutbah : Kit Siang Kalau Tak Faham Usah Pandai Buat Fitnah
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Fathul Bari menyelar tindakan Ahli Parlimen Gelang Patah,  Lim Kit Siang yang terus-terusan cuba mempolitikkan agama Islam dengan mendakwa ayat AL Quran yang dibaca dalam satu khutbah Jumaat baru-baru ini sebagai satu seruan meniupkan sentimen persengketaan agama di dalam negara ini.

ustaz fathul bari

Pemuda Pas tolak Anwar jadi MB Selangor


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Meskipun Pemuda Pas bersama pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, namun mereka kekal tidak bersetuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

Sejarah Umno Besut


Semangat ingin bebas penduduk daerah Besut daripada cengkaman penjajah Inggeris dibangkitkan oleh para pejuang "Persatuan Melayu Besut' yang wujud selepas perang dunia kedua. Persatuan ini mendapat sokongan moral daripada Tengku Lela Segara ( Tengku Sulong bin Tengku Ali ) Pesuruhjaya Daerah Besut.

Nasib anak yatim piatu terbela


SETIU 2 Feb. - Seorang anak yatim piatu yang tercicir dari alam persekolahan sejak empat tahun lalu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Datuk Sabri Mohd. Nor yang bersedia membantunya bersekolah semula.

Bantuan bukti Kerajaan Pusat tidak pilih bulu


KOTA BHARU 3 Feb. - Seramai 2,206 pelajar Ma'ahad Muhammadi (Perempuan) menerima Bantuan Awal Persekolahan 2014 dengan jumlah keseluruhannya RM220,600.

Tolak pemimpin pentingkan diri


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Drama Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dipercayai dirancang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja pembangkang kalah dalam pilihan raya umum lalu dengan meniru model gerakan politik Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Beg sekolah percuma dari UMNO Besut.


GEMBIRA…Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Zaihan sedang menyampaikan sumbangan beg kepada sebahagian daripada kanak-kanak sekolah dari tiga Dun di Parlimen Besut di Dataran Kuala Besut, kelmarin.

Kira-kira 150 murid dari Dun Jertih, Kota Putra dan Kuala Besut menerima beg sekolah itu melalui program Membara Kembali Ke Sekolah yang dikendalikan Pemuda dan Puteri UMNO Besut.

Sultan Azlan Shah Mahu Rakyat Terus Bersatu


KUALA KANGSAR, 3 Feb – Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengingatkan rakyat supaya terus bersatu, hidup dalam muhibbah, rukun dan harmoni bagi membantu membina sebuah negara yang maju dan makmur.

Hanya ISA layak untuk penghasut


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Tiada tindakan undang-undang yang paling berkesan boleh diambil terhadap ahli politik yang membangkitkan isu perkauman dan memperlekehkan keselamatan negara selain Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

PRK Kajang: BN tidak akan beri laluan mudah




BANGI - Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana calon lawan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wanita Umno mahu Teresa kena tindakan tegas


Pergerakan Wanita Umno Selangor meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung penerbitan video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Rakyat usah tertipu lakonan Anwar - Mohana

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Rakyat diingatkan supaya tidak sesekali tertipu dengan 'wayang kulit' yang dipentaskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih lagi berdepan dengan kes rayuan tuduhan meliwat di Mahkamah Persekutuan.

Wira pejalan kaki, Mohd Nor terima sebuah Viva.

TERIMA...Impian peserta jalan kaki Program Walk4Malaysia, Mohd Nor Mat,48, dari Kampung Tok Raja, Jertih, untuk memiliki kereta sendiri menjadi kenyataan apabila belia menerima sebuah kereta Viva sumbangan lima Adun dan seorang ahli Parlimen, di satu majlis, di Dataran Kuala Besut, hari ini. 


Kementerian Pendidikan akan bantu Aisyah dan adik-adiknya.


KEMENTERIAN Pendidikan memberi jaminan akan memberi kemudahan proses persekolahan kepada empat beradik yang kedua ibubapa mereka kini ditahan di Sweden sekiranya keluarga kanak-kanak terbabit mahu kanak-kanak itu bersekolah di negara ini.


Letak jawatan Yb satu pencabulan demokrasi- Idris Jusoh.


PERLETAKAN jawatan seorang wakil rakyat yang dipilih rakyat secara demokrasi yang sepatutnya berkhidmat selama lima tahun adalah satu pencabulan demokrasi yang besar berlaku di negara ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Video Teresa Kok akan disiasat


KUANTAN - Polis akan menyiasat klip video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang didakwa membabitkan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang tersebar luas dalam laman 'Youtube' sejak Isnin lepas.
  

Anwar akui PKR hadapi pelbagai masalah di Selangor

PERMATANG PAUH 2 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pelbagai masalah di Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.