Sebuah Lagi Sekolah Menengah Akan Di Bina Di Hulu Besut


Hulu Besut- Adun Hulu Besut Tuan Haji Nawi Mohd yang juga ketua umno bahagian besut selaku exco pertanian negeri berkata sebuah sekolah menengah akan di bina di kg keruak dan juga higway menghubungkankan kg keruak dan kuala krai akan dibina dan juga dengan pembinaan sekolah ini nanti akan dapat

Pas Yang Dulu, Bukan Yang Sekarang…


Pas yang dulu, bukan yang sekarang. Dulu Pas memperjuangkan agenda negara Islam, kini tidak lagi. Dulu-dulu, kepimpinan Pas tegar dengan agenda negara Islam mereka, sehingga sanggup mengkafirkan ahli dan penyokong UMNO. Tetapi hari ini, agenda negara Islam Pas tunduk terkulai layu dengan belaian jampi DAP dan PKR.

18 petani terpilih ikuti program kontrak ladang

BESUT - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu akan memilih 18 petani lagi untuk menjalankan Program Ladang Kontrak dalam usaha meningkatkan bekalan terus dari ladang ke Pasar Tani di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi negeri

KDN tubuh Unit Polis Syarie untuk JAKIM - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam.

Adun Jerteh Bangga Ketua Kerajaan Terengganu Ke Antartika

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih,YB Haji Muhammad PehimiYusof melahirkan rasa bangga berikutan Ketua Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said diberi peluang untuk sama-sama terlibat secara langsung bersama saintis tempatan dan antarabangsa ke Antartika.

Misi ke Antartika satu usaha bijak MB- Mohd Jidin

PENEROKAAN ilmu ke Antartika yang diketuai Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said bersama beberapa cerdik pandai adalah satu usaha yang bijak dan bukan satu pembaziran kerana ianya untuk kepentingan generasi akan datang, kata Exco kerajaan negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

Kerajaan Serius Tangani Kenaikan Harga Barang – Muhyiddin


KUALA LUMPUR, 18 Jan -Langkah meningkatkan pemantauan bagi menentukan faktor-faktor kenaikan harga barang bukan suatu gimik, sebaliknya menunjukkan keseriusan kerajaan menangani beban kos sara hidup rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bertindak tegas terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berbohong dan menyalahkan Wisma Putra apabila dilarang memasuki Jepun, baru-baru ini.

Kedudukan Khalid meruncing?

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan dokumen sulit bagi membuktikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak terlibat dalam isu penyingkiran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) namun Menteri Besar Selangor itu terus menerima tekanan dari parti sendiri termasuk berundur.

Hina agama: Pemuda BN buat laporan polis


KOTA TINGGI - Pemuda BN Kota Tinggi hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan yang boleh mencetuskan isu perkauman dalam laman sosial.
 
Kenyataan itu dimuat naik pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama Man Namblast dan Mohamed Hidayat berhubung sambutan perayaan Thaipusam minggu lalu.
   

Dua lagi IPT akan dibuka di Besut


BESUT - Besut bakal menjadi pusat perkembangan ilmu terulung di negeri ini selepas dua institusi pengajian tinggi (IPT) bakal beroperasi bermula Mei ini.

Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebuah kolej komuniti akan beroperasi selewat-lewatnya Mei ini yang akan menawarkan kursus berteraskan teknologi maklumat dan komputer animasi.

Program Maulidur Rasul anjuran KRT & JKKK Benting Lintang


Program Maulidur Rasul anjuran KRT & JKKK Benting Lintang di Dun Kota Putera telah berjaya disempurnakan pagi tadi. Yb Abe Adi Adun Kota Putera turut menyertai perarakan tersebut dan menyampaikan cenderahati kepada tokoh maulidur rasul yang telah dianugerahkan kepada Tengku Abdul Rahman. Tahniah di ucapkan kepada pengurusan

Cara Kemasikini Akaun Bank BR1M 3.0


CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA BR1M 3.0 TAHUN 2014
Cara kemaskini akaun bank BR1M 2014 atau BR1M 3.0 melalui online. Penerima harus mengemaskini maklumat perbankan anda bagi memudahkan penerima tanpa perlu beratur panjang seperti ketika menerima BR1M dan BR1M 2.0 yang lalu. Untuk mengemaskini maklumat bank penerima boleh menggunakan sistem

Penjelasan Mengenai GST Diperluas Ke Semua Kawasan Parlimen

KUANTAN, 23 Jan – Kerajaan akan terus memberi penjelasan mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke semua kawasan parlimen selepas penjelasan peringkat negeri selesai.

Insiden Di Jepun Contoh Klasik Politik Fitnah Pembangkang


KUALA LUMPUR 23 Jan – Tuduhan yang dilemparkan kononnya kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak penyebab Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  dilarang memasuki Jepun Ahad lalu adalah contoh klasik politik fitnah membabi buta yang diamalkan pembangkang selama ini.

Demonstrasi Jalanan Cabul Hak Masyarakat Majoriti – Tun M


KUALA LUMPUR, 24 Jan – Budaya demonstrasi jalanan yang semakin diangkat golongan tertentu untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah  suatu tindakan yang mencabul hak masyarakat majoriti.

MT UMNO Sepakat Sokong Dasar, Langkah Tangani Isu Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat dalam menyokong semua dasar dan langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu ekonomi negara, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

BR1M 3.0 Diagihkan Kepada 7.9 Juta Penerima Februari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pemberian BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga barangan pada masa ini.

UMNO Terus Pertahan Kesucian Islam Termasuk Kalimah Allah

KUALA LUMPUR 24 Jan- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata Majlis Tertinggi UMNO hari ini menyokong pendirian kerajaan untuk terus mempertahankan kesucian dan kemuliaan agama Islam termasuk kalimah Allah.

Menurut beliau Majlis Tertinggi UMNO juga mengambil maklum perjanjian 10 perkara yang telah pun dipersetujui oleh kerajaan pusat, namun perjanjian 10 perkara itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri.