Hasrat murid OKU tercapai

BESUT - Penantian seorang murid OKU untuk memiliki e-Book akhirnya tercapai apabila dia menerima seunit komputer riba daripada kerajaan negeri yang disampaikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, kelmarin.



Azli Mohd Afendi, 11, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Alur Peroi, dekat sini, gembira apabila menerima e-Book tersebut yang diagihkan Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Dia yang lumpuh selepas diserang demam panas ketika kecil sudah lama menunggu untuk memiliki kemudahan tersebut, namun terpaksa akur kerana hanya murid tahun lima yang layak menerima e-Book.

“Saya sudah lama mahu memiliki e-Book ini dan sekarang tiba giliran saya untuk memilikinya.

"Saya tak sabar mahu menggunakannya untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik saya,” katanya.

Sementara itu, Azli adalah antara 636 penerima e-Book di kawasan Dun Kuala Besut.

Dia yang berkerusi roda datang ke sekolah berkenaan ditemani ibunya, Azizah Mohd, 55.
--sinar