TAMAN REKREASI AIR PANAS LA atau sebutan popularnya di kalangan pengunjung memanggilnya "La Hot Spring" terletak di Kampung La di dalam Parlimet Besut dan terletak di dun Hulu Besut iaitu kira-kira
28 kilometer dari bandar Jerteh, Terengganu. Menurut portal Majlis Daerah Besut (MDB), pusat
pelancongan yang dikenali sebagai La Hot Spring ini telah dibuka dengan rasminya kepada orang ramai pada tahun 1992 sempena Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.
.jpg)
Salah seorang pengunjung dari Pasir Puteh, Kelantan yang ditemuil berkata "walaupun terdapat beberapa
kolam air panas yang agak tersohor di di Kelantan seperti Kolam Air Panas Tok Bok, Machang dan Tanah Merah" Tetapi beliau lebih menggemari La Hot Spring kerana tempat berkenaan agak tersohor dan menjadi tumpuan umum dari pelbagai peringkat usia sama ada kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Secara tidak langsung katanya, dapat menghubungkan silaturrahim dan bertanya khabar tentang daerah masing-masing di taman tersebut.
Kolam air panas ini dibina berikutan wujudnya aliran air panas dari celah-celah batu yang dikatakan turun dari bukit yang terletak di kawasan hutan simpan Gunung Tebu,Air hangat ini mengandungi belerang atau
sulfur dengan kehangatan airnya mencecah 49 darjah Celcius, tetapi pada hari-hari tertentu air hangat ini boleh mencapai sehingga 60 darjah Celcius. Air hangat ini selain boleh menyegarkan tubuh yang tidak bermaya dan kusam, ia dikatakan mempunyai khasiat terutamanya boleh merawat penyakit kulit, asma, lumpuh dan sebagainya.
.jpg)
View Larger Map