Lata Tembakah Teletak di dalam parlimet besut,di Dun Hulu Besut, nama lata tembakah sudah tidak asing lagi sebagai tempat perkelahan bagi penduduk tempatan malahan ianya sudah terkenal di seluruh dunia. Air terjun yang terletak berhampiran dengan Kg.Bukit Payong Besut ini terletak di kawasan Hutan Simpan Pelagat berdekatan dengan Kolam Air Panas La Hot Spring, 24 km daripada bandar Jertih dan 130 km dari Kuala Terengganu. Lata Tembakah mempunyai tujuh tingkat air terjun dan banyak
kolam-kolam takungan untuk kita bermandi-manda. Air Terjun tingkat keempat adalah yang paling cantik
dan tertinggi sekali yang mana ketinggiannya di anggarkan sekitar 50 meter dan berpecah pada tiga formasi terjunan sebelum jatuh ke kolam takungan. Untuk sampai ke tingkat keempat anda perlu berjalan kaki sekitar 45 hingga 60 minit.
Bagi yang membawa keluarga terutamanya anak kecil, kolam-kolam takungan di tingkat satu dan dua selalu menjadi pilihan kerana ianya lebih besar dan cetek anda tidak perlu berjalan agak jauh untuk menikmati keindahan pemendangan di sini.
Di sini terdapat Chalet yang didirikan oleh kerajaan negeri Terengganu dan seliakan oleh jabatan perhutanan negeri terengganu, dan terdapat pelbagai kemudahan lain yang di sediakan oleh kerajaan negeri seperti surau, taman permainan kanak kanak kedai makan,tapak perkhemahan tandas awan bilik persalinan dan sebagainya.
Jika anda ingin datang ke sini dan bermalam di sini sila rujuk pada pegawai jabatan perhutanan negeri untuk urusan sewaan bilik dan sebagainya
View Larger Map