MENTERI: KALAU BUKAN BAJET RAKYAT, BAJET APA?
KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Bajet 2017 adalah bajet yang menyeluruh dan tertumpu kepada kemaslahatan rakyat.
Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Rakyat ‘Memalukan Diri Sendiri’ – Hishammuddin
KLUANG, 23 Okt – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan anggota Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lepas hanya memalukan diri mereka sendiri.
Banjir: RM3 juta disalur kepada setiap negeri
KEMAMAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukan RM3 juta kepada setiap negeri sebagai persediaan menghadapi banjir pada tahun ini.
48 buah rumah komuniti dibina di Besut tahun ini
BESUT - Sebanyak 48 buah lagi rumah komuniti akan dibina dalam Parlimen Besut tahun ini sebagai usaha membantu penduduk yang kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri.
Operasi mencari MH370 dijangka tamat hujung tahun
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata operasi mencari MH370 dijangka selesai hujung tahun ini.
Beliau berkata kerajaan tetap menaruh harapan MH370 akan ditemui dalam kawasan pencarian seluas 120,000 km persegi, jika tidak, maka Malaysia, Australia dan China akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan tindakan seterusnya.
Lega slip SPM dalam tangan
KUALA BESUT - Masalah lewat memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang dihadapi seorang bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan, selesai kelmarin.
Nasib bekas pelajar dapat perhatian
KUALA BESUT - Kegagalan seorang bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pangkalan Chepa, Kelantan untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelmarin kerana masalah hutang tertunggak dengan pihak sekolah mendapat perhatian wakil rakyat setempat.
STPM 2015 : Terengganu Kekal Kedudukan Terbaik Kebangsaan
Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2015 dengan kedudukan pertama peringkat kebangsaaan yang diumumkan hari ini.
Kejayaan yang diumumkan itu adalah untuk dua kali berturut-turut dengan beberapa pencapaian luar biasa yang dicatatkan pada tahun ini.
150 Orang Dari Sarawak Akan Dipilih Sertai Program Khas Haji Yayasan 1MDB - Najib
Sebanyak 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak akan dipilih bagi menyertai Program Khas Haji Yayasan 1Malaysia Berhad (1MDB) tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Makanan Sedap : Tiga Beradik Wakili Besut Ke ‘Beautiful Terengganu’ Di Johor
Pengalaman 20 tahun sebagai guru masakan di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) membawa tuah kepada Hasnah Yusof,65 dari Kampung Balik Bukit, Besut muncul johan Pertandingan Masakan Sedap Peringkat Daerah Besut yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, semalam.
Besut dipilih program perantis kurangkan penagih dadah
BESUT – Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri telah memilih daerah Besut bagi program perintis mengurangkan bilangan penagih dadah.
Janji selesai masalah di muara
KUALA BESUT - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjanji akan berusaha menyelesaikan masalah muara Kuala Besut yang semakin cetek kerana timbunan pasir susulan fenomena air pasang besar baru-baru ini, dengan kadar segera.
Kerajaan negeri akan pantau gempa Tasik Kenyir
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri menerusi jabatan terlibat akan menjalankan pemantauan dari masa ke semasa susulan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, malam kelmarin.
Ampangan Paya Peda, Hulu Besut Bantu Tingkatkan Hasil Pertanian
Projek Pembangunan Ampangan Paya Peda,Hulu Besut, yang siap pembinaannya bukan sahaja membantu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman padi negeri ini malah ia turut berfungsi bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di daerah Besut.
Lebihan Stok Bantuan Banjir Akan Diagih Kepada Golongan Miskin
Kerajaan Terengganu akan mengagihkan barangan keperluan untuk mangsa banjir yang kini disimpan di pusat pangkalan hadapan seluruh negeri kepada golongan miskin dan ibu tunggal pada awal Mac ini.
UA, MPN Mahu Bincang Isu Kontrak, Umur Persaraan Profesor - Idris Jusoh
BANGI, 22 Feb (Bernama) -- Pihak Universiti Awam (UA) dan Majlis Profesor Negara (MPN) akan bertemu dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan isu kontrak dan lanjutan umur persaraan bagi perkhidmatan golongan profesor, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
ECERDC Bangun Projek Bersepadu Akuapolitan Pertama Malaysia di Terengganu
Terengganu bakal menyaksikan perlaksanaan projek Akuapolitan pertama di Malaysia, iaitu satu skim pembasmian kemiskinan untuk komuniti nelayan yang akan dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC) bertempat di Kuala Nerus, Terengganu.
Lay Out Tok Saboh, hebat…jadilah sepertinya
Presint. Jarang tempat di kampung menggunakan perkataan ini untuk menunjukkan tempat atau lokasi.
Ia berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘precinct’ yang boleh diertikan daerah sekitar, batas
Masyarakat perlu ubah persepsi penuntut universiti lemah Bahasa Inggeris
KUALA TERENGGANU 14 JAN– Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh meminta masyarakat mengubah persepsi mereka yang memandang rendah penguasaan Bahasa Inggeris penuntut-penuntut universiti tempatan.
Hentikan Fitnah, Jangan Politikkan Isu Tabung Haji – Azeez
BALING, 20 Feb — Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta pihak yang tidak bertanggungjawab supaya berhenti menyebarkan fitnah mengenai Tabung Haji.
Kebaikan Dilakukan UMNO Terselindung Dengan Fitnah Yang Disusun Rapi
UMNO perlu cekap menyampaikan maklumat supaya jasa serta kebaikan dilakukan untuk rakyat tidak terselindung, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya mentadbir dengan baik serta melakukan pelbagai kemajuan, tetapi ia bagaikan tenggelam kerana fitnah terancang serta tersusun oleh pihak tidak bertanggungjawab.
TMT 2017 : Pantai Batu Buruk Zon Premis Makanan Gred A
Premis makanan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu akan ditransformasikan sebagai Zon Premis Makanan Gred A oleh kerajaan negeri menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017.
Pekerja tempatan antara syarat baharu lesen laut dalam
KEMAMAN - Penggunaan tenaga pekerja tempatan adalah antara syarat baharu yang akan diambil kira sebelum lesen perikanan laut dalam diluluskan selepas ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, syarat itu dikenakan supaya ia tidak diberi secara sangat mudah hingga boleh merugikan negara.
Pantai Batu Buruk diwarta kawasan larangan merokok
BESUT - Kerajaan negeri Terengganu bakal menjadikan persekitaran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu sebagai kawasan bebas rokok.
Masih perlu waspada kes denggi
KAMPUNG RAJA - Kes demam denggi di negeri ini menunjukkan tren penurunan apabila hanya 146 kes didaftarkan kelmarin, berbanding 207 kes sehari pada Selasa dan 208 kes pada Isnin minggu ini.
Terengganu Meterai MoU Tingkat Penguasaan Sukan Berkuda
Bagi menggalakkan perkembangan sukan berkuda di Terengganu, satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara kerajaan negeri dengan empat agensi dan jabatan lain.
Kerjasama tersebut dilakukan antara kerajaan negeri yang diwakili Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu diwakili
Kerajaan negeri memperkenalkan program Transformasi Orang Muda (TOM)
Kerajaan negeri memperkenalkan program Transformasi Orang Muda (TOM) bagi mengubah peranan golongan muda ke satu tahap yang lebih baik melalui pelbagai aktiviti komuniti, pengasahan bakat serta penganjuran sukan.
Sukan Luncur Ombak Bantu Promosi TMT 2017
Penganjuran kejohanan sukan luncur ombak, Terengganu Surfing Cup 2016 merupakan platform awal bagi negeri Terengganu mempromosikan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.
Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku
Terengganu Lancar Tabung Pembangunan Sukan
Kerajaan negeri bakal melancarkan Tabung Pembangunan Sukan Terengganu pada 17 Februari ini bagi merancakkan lagi perkembangan sukan di Terengganu.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata sumbangan penajaan yang diperolehi untuk sukan akan dimasukkan melalui tabung tersebut.
Jentera Penerangan UMNO Perlu Guna Mesyuarat Cawangan Untuk Beri Kefahaman Tentang Cabaran Semasa
KOTA BAHARU, 15 Feb – Jentera penerangan UMNO perlu mengambil peluang pada mesyuarat 21,500 cawangan parti itu pada Mac dan April ini untuk memperkukuhkan perpaduan, selain memberi kefahaman mengenai perjuangan parti kepada seluruh anggota terutama dalam menghadapi cabaran semasa.
Akta OSA Wajar Digubal Semula Mengikut Peredaran Zaman – Rahman Redza
KUALA LUMPUR, 12 Feb – Seorang Pengamal Undang-Undang, Rahman Redza berkata cadangan kerajaan untuk mengkaji semula akta OSA adalah amat wajar memandangkan teknologi komunikasi yang sudah berubah dengan wujudnya kecanggihan paltfom penyampaian maklumat seperti media sosial yang menjadi medium utama kebocoran maklumat kerajaan dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)